Announcement

*******************

Borang UKJK

(sila klik di sini untuk muat turun borang)

 

PROGRAM TAHUNAN JBPM SABAH (Lampiran A)

(sila klik di sini untuk muat turun borang)

PROGRAM TAHUNAN JBPM SABAH (Lampiran A1)

(sila klik di sini untuk muat turun borang)

*******************

 


Sample Image

Sample Image

Sample Image

 

 

Search

BORANG PERMOHONAN PEMERIKSAAN BANGUNAN UNTUK PENGELUARAN SURAT SOKONGAN KELAYAKAN MENDUDUKI

(klik Untuk Download)

1) senarai semak permohonan pemeriksaan
2) lampiran 1
3) lampiran B2
4) perakuan pemasangan peralatan & sistem kebombaan
5) borang C1,C2, dan C3
6) generator set
7) sistem pengesan haba
8) sistem pengesan asap
9) pancur kering
10) perakuan pemasangan sistem pam
11) form A
12) sistem CO2
13) form B


 


Bomba Sabah

 

Sample Image














1930

Sample Image

Pasukan Bomba Negeri Sabah Yang Pertama Ditubuhkan Pada Tahun 1930 An Diketuai Oleh Seorang Inggeris Dan 9 Orang Anggota Dengan Sebuah Pam Triler Bertempat Di Victoria Island ( Sekarang Pulau Labuan)

Pasukan Bomba yang pertama di Negeri Sabah telah wujud di Labuan dan di anggotai oleh seramai 9 orang, serta di ketuai oleh seorang berbangsa Inggeris. Peralatan yang ada pada masa itu hanyalah sebuah Pam Triler.

1947

Perkhidmatan Bomba di jalankan oleh Pasukan North Borneo Armed Constabulary.

1948

Perkhidmatan Bomba di jalankan oleh anggota-anggota Constabulary Reserve dengan anggota seramai 38 orang di Api-Api (Jesselton).

1949

Undang-undang telah di luluskan bagi membenarkan penubuhan Special Constabulary yang terdiri daripada anggota-anggota Polis yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam pasukan Polis. Keanggotaan pasukan ini ketika itu, adalah seramai 60 orang dan meningkat sebanyak 112 orang dalam tahun 1953.

1953

Pada 7hb. Mac 1953, satu kebakaran besar telah berlaku di Daerah Tawau. Seorang mati dan 1,272 orang yang lain, tinggal sehelai sepinggang.

-

Kereta Bomba jenis 'Water Tander' mula di gunakan oleh Polis.

-

Pada 17hb. Mei 1955, satu kebakaran besar berlaku di Jesselton dan ianya telah memusnahkan 7 buah rumah kediaman. Beberapa orang anggota Polis telah mendapat kecederaan ringan semasa menentang kebakaran tersebut.

-

Pada 21hb. September 1955, sebuah panggung wayang dan tiga buah rumah kedai di Daerah Sandakan musnah dalam satu kebakaran.

1960

Dalam tahun-tahun enam puluhan, tugas-tugas memadam kebakaran masih lagi di kendalikan oleh anggota-anggota Polis dan di bantu oleh Bomba Sukarela.

1968

Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah telah di cadangkan oleh Pakar Perunding dan rancangan Colombo

1968

Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah telah di tubuhkan dan di letakkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Seorang Pegawai Kanan Bomba daripada Kuala Lumpur, telah di pinjamkan untuk mengendalikan tugas-tugas pengambilan anggota bomba, pentadbiran dan operasi. Pejabatnya terletak di Pejabat Bomba Sukarela berhadapan dengan Balai Polis Jesselton (Kota Kinabalu).

1968

Sebelum penubuhan Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah, Pesuruhjaya Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan di Bawah Ordinan Pencegahan Kebakaran No.20 Tahun 1952, adalah bertanggungjawab keatas Pencegahan Kebakaran, pada praktiknya, pihak Polis menyediakan tenaga anggota untuk melawan kebakaran dan memelihara peralatan kebombaan. Sementara Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan peruntukan.

1969

Pada awal tahun ini, pengambilan pertama ahli-ahli bomba seramai 44 orang telah dijalankan dan Latihan Asas Kebombaan selama tiga bulan (April-Jun 1969) telah diadakan di tapak Pejabat Bomba Sukarela di Jesslton(Kota KInabalu).

1969

Pada akhir tahun 1969, pengambilan kumpulan kedua dan ketiga ahli-ahli bomba seramai 80 orang telah dijalankan dan Latihan Asas Kebombaan selama tiga bulan diadakan mulai Januari hingga Mac 1970.

1970

Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan 4 juta ringgit untuk membina 4 buah balai bomba seperti berikut:-

1.Balai Kota Kinabalu

2.Balai Sandakan

3.Balai Tawau

4.Balai Labuan

1971

31hb. Julai, Enakmen Penubuhan Perkhidmatan Bomba yang di kenali Enakmen No.12 of 1971 diluluskan.

1972

Bangunan Ibu Pejabat Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah dan Balai Bomba Pusat Kota Kinabalu di Jalan Sembulan dan Balai Bomba Sandakan siap dibina.

1972

Awal tahun ini, Balai Bomba Kota Kinabalu dan Balai Bomba Sandakan mengambilalih tugas memadam kebakaran daripada pihak Polis.

1972

Pertengahan tahun ini, Balai Bomba Tawau dan Balai Bomba Labuan mula beroperasi.

1973/
1974

Kerajaan Negeri Sabah meluluskan peruntukan 10.4 juta ringgit untuk membina 9 buah Balai Bomba Daerah.

1974/
1980

Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah di lengkapkan dengan peralatan dan kereta-kereta bomba moden dari pelbagai jenis dan kegunaan.

1982

Pada 1hb. Januari 1982, Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah, di serapkan ke Perkhidmatan Persekutuan yang di kenali Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia(JPBM) dan di letakkan di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Pada masa yang sama, Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah mempunyai 12 buah balai, dengan kekuatan tenaga pegawai, anggota bomba serta kakitangan gunasama seramai 500 orang dan di lengkapi dengan 82 buah kereta bomba pelbagai jenis di import daripada England.

 

Struktur Organisasi Perkhidmatan Bomba Negeri terbahagi kepada 5 bahagian besar iaitu:-

A) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

 

B) Bahagian Pencegah Kebakaran

 

C) Bahagian Operasi

 

D) Bahagian Latihan

 

E) Bahagian Bengkel

Sample Image
 
 
 
 
 
 

 

Calendar

Hari Hijrah

Ramadhan
25
Sabtu
1431 HIJRAH

Gallery

fire.jpg

Who's Online